3 nota untuk ejen Volten yang baru bermula




Hai dan salam Volten Power.

Izikan saya untuk berkongsi sesuatu. Saya juga masih baru dalam Volten International ini (ketika artikel ini dicoretkan). 

Jadi sesuai dan layak untuk saya berkongsi perkara ini.  

Kita masih berada dalam padang yang sama. Tiada yang tinggi dan tiada yang rendah. Yang berbeza cuma masa.

Ada yang sudah menjadi ejen lebih awal dan mereka sudah mendapat hasilnya.

Untuk kita yang baru bermula mari lihat tiga nota berikut. 

Nota ini adalah asas dan dasar untuk menjalan bisnes Volten supaya berjaya dan ada hasil. 

Jangan risau setiap usaha pasti ada hasilnya. Besar dan kecil itu rezeki yang dianugerahkan Allah SWT untuk kita. 

Percaya sahaja kepada rezeki.

Bagaimana untuk bermula sebagai ejen Volten International ini?

Nota berikut boleh merungkai persoalan dalam benak fikiran kita. 

Nota 1: Jadi pengguna produk


Setelah mendapat produk Volten jangan berlengah untuk mencuba dan nikmati khasiatnya. Belum cuba belum tahu.

Bila sudah mencuba dan mengamalkannya, rasakan apa kesan yang kita dapat. Hasil dari kesan tersebut atau manfaat ini dinamakan testimoni. 

Keyakinan kita terhadap Volten akan meningkat setelah menjadi pengamal produk secara konsisten. 

Nota 2: Tukar gaya hidup


Jika sebelum ini minum kopi tiga dalam satu, sekarang tukar kepada Vcafe Brazilian Arabica Coffee. Tak minat kopi dapatkan VCafe Premium Black Tea. 

Cuma tukar gaya hidup dengan minuman yang sihat.

Makan berkhasiat dan selalu bersenam. Ambil suplimen VR4 untuk meningkatkan sistem imunisasi.

Kebaikan terbesar untuk mereka yang berbisnes produk kesihatan ialah sihat.

Kita akan berada dalam kelompok masyarakat yang ada gaya hidup sihat.

Nota 3: Selalu buat perkongsian 


Testimoni yang terbaik adalah dari diri sendiri. 

Dengan testimomi tersebut kita boleh bercerita dengan penuh perasaan dan yakin. 

Jika dulu main FB sekadar berkongsi hal artis, membawang dan sebagainya, apa kata sekarang tukar topik kepada perkongsian bisnes Volten. 

Jangan mendesak untuk menjual kerana tujuan kita membuat perkongsian supaya mereka sedar kita ejen Volten. 

Lagi rajin dan lagi kerap kita berkongsi akan ada orang suka dengan produk yang kita kongsikan. 

Bila mereka berminat, mereka akan bertanya. Biasanya mereka berminat apabila mereka sedar produk tersebut adalah keperluan untuk mereka.



Penutup

Begitulah tiga nota yang boleh kita amalkan sebagai ejen Volten yang baharu untuk bermula. 

Jangan terlalu gopoh untuk menjual kerana orang tidak suka disuruh membeli. Mereka lebih suka kepada perkongsian dan manfaat yang kita dapat.

Hasil akan pergi kepada mereka yang bertindak.

Selamat berusaha dan semoga berjaya

*kemas kini 20/9/22