Volten International merupakan syarikat tempatan yang pesat membangun di Malaysia. Syarikat ini beribu pejabat di Shah Alam, Selangor dan sudah memiliki bangunan sendiri yang berharga RM10 juta.
Kini Volten International telah melebarkan sayap secara global ke negara Cambodia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pada tahun 2022 pula merancang untuk membuka pasaran Thailand, Laos, India dan lain-lain.
Ini memberi gambaran bahawa syarikat ini semakin kukuh dan telah dipercayai oleh ramai pengguna di rantau Asia Tenggara.
Syarikat Volten International mengabungkan sistem e-commerce dan networking. Dalam erti kata lainnya mengadaptasi teknologi terkini dan sentuhan kemanusiaan.
Lebih membanggakan lagi Volten International mempunyai produk yang hebat, barisan pengurusan mantap, sistem e-commerce terkini dan networking ejen yang komited dan bermotivasi tinggi.
Pada tahun 2019 Volten International mula ditubuhkan dengan menfokus kepada sistem e-commerce. Setahun selepas itu Volten International mula melonjak naik dengan penemuan produk berasaskan halia hitam.
Pada tahun 2020, Volten telah menjadi syarikat networking yang paling berjaya di Malaysia. Malah mencatatkan jualan sehingga RM80 juta. Berita baiknya sebanyak RM40 juta dikembali semula kepada ejen melalui komisyen,insentif dan sebagainya.
Satu perkara yang mengembirakan kita semua,Volten Internatioal telah diterajui oleh insan yang pernah dapat anugerah Malaysia Outstanding National Enprentrenuer Award 2018.
Tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Ismail Che Ani sebagai CEO.
Pengurusan tertinggi terdiri daripada Tuan Fazil Ambri bin Rameli sebagai Chief Development Officer, Tuan Muhammad Ramli sebagai Chief Financial Officer dan Mr Balan Damodaram sebagai International Business Coordinator.
Dalam usaha membantu para ejen supaya lebih profesional, Volten International juga mengadakan siri latihan yang komprehensif seperti TTP 2020 dan TTP 2021.
Antaranya kerana menggunakan sistem netcommerce dan diungguli oleh produk yang diakui terbaik dan berkualiti tinggi.
Dalam netcommerce itu sendiri ada Digital Marketing Technology yang mengabungkan sistem seperti :
Sekarang dunia berubah amat pantas. Teknologi sudah menguasai segenap lapisan kehidupan kita. Jadi Volten International tidak mahu ketinggalan dalam dengan mengetengahkan online shopping dalam pembelian dalam talian.
2.Pengeluaran komisen setiap hari
Seperkara yang menarik dalam Volten International ini ialah komisen yang boleh dikeluarkan setiap hari.
Inilah dikatakan hari-hari gaji atau gaji setiap hari. Siapa yang tidak mahu kalau duit boleh masuk setiap hari.
3.Sistem pemasaran digital
Hari ini jika tidak menggunakan cara digital memang tidak sah dan kurang relevan. Semua maklumat di hujung jari.
Maklumat yang saya tulis ini juga berdasarkan risalah volten International dalam bentuk PDF.
Nampakan semua dalam bentuk digital.
4.Perkongsian pautan
Kelebihan yang tidak dapat dinafikan ialah link untuk website boleh dikongsikan kepada seramai mungkin yang kita mahu.
Konsep ini amat diperlukan dalam bisnes yang berasaskan dalam talian atau online.
Link boleh dikongsikan dalam media sosial.
5.Komisen dikira setiap hari
Antara yang paling sedap dan nyaman (bukan setakat produk sahaja) duit komisen dikira setiap hari.
Belum pun peluh kita kering, upah sudah dikira dan jangan terkejut boleh dikeluarkan setiap hari.
6.Payment Gateway
Dalam sistem yang sangat canggih dan terbaik ini kita boleh membuat bayaran secara dalam talian dengan mudah.
Kita boleh tambah nilai ecash dalam akaun secara real time sepertimana sistem perbankin online.
Mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja kerana sifatnya mesra pengguna.
PRODUK TERLARIS
Di Thailand halia hitam dikenali sebagai Krachai Dum.
Halia hitam yang dikeluarkan Volten International berupa ekstrak 10 nisbah 1. Analoginya begini.
Untuk mendapatkan 1kg ekstrak memerlukan 10kg halia hitam. Bayangkan betapa hebatnya kualiti tersebut.
Halia hitam diperolehi daripada Thailand sebagai pengeluar utama. Di negara tersebut halia hitam ditanam secara komersial dan diproses dengan mesin teknologi Jepun.
Hanya Volten International sahaja yang mendapat hak eksklusif mengedar halia hitam yang bermutu tinggi ini.
Bukan itu sahaja, produk halia hitam Volten International sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kod MAL 20086115TC.
Sebagai rekod, syarikat ini yang julung kali mendapat kelulusan tersebut setelah melepasi ujian demi ujian yang sangat ketat.
Halia hitam Volten juga mendapat pengiktirafan melalui medical jurnal dari Thailand. Jurnal ini diperakui untuk mengesahkan produk ini berkesan untuk rawatan kencing manis.
Berita baiknya produk halia hitam Volten International dijenamakan sebagai VR4 Capsule. Mudah ingat dan senang disebut.
APA KHASIAT VR4
Halia hitam dibuktikan boleh membantu merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit tanpa kesan sampingan dengan cepat.
Halia hitam dijadikan ramuan tradisional sejak turun temurun sebagai tonik penambah tenaga yang hebat dan mengkagumkan.
Sudah beribu testimoni dikongsikan. Sudah beribu pengamal VR4 merasai khasiatnya.
Khasiat paling utama VR4 untuk meningkatkan sistem imunisasi manusia, mengawal kadar hormon dalam badan dan memberi prestasi libido pada tahap terbaik.
Sesuai untuk semua golongan, baik wanita dan lelaki.
Estrak halia hitam ini sudah mendapat kelulusan halal dari majlis agama di Thailand, sarung kapsul pula dari sayuran (halal JAKIM) dan bebas dari bahan kimia ( Pusat Racun Negara)
APA KHASIAT VR5 LIQUID
Antara produk hebat dan mengkagumkan keluaran Volten International ialah VR5 Liquid.
Produk ini hasil formulasi lima bahan terbaik dunia iaitu estrak halia hitam, buah delima, madu asli, Lutien dan ektrak kulit manggis.
Tanpa ragu lagi produk ini boleh membantu masalah dalaman kewanitaan, sistem pencernaan, awet muda, anti pengoksidaan yang tinggi, gastik dan ulser. Sebetulnya lebih banyak lagi.
Fokus utama VR5 adlh untuk golongan kanak-kanak dan warga emas,
APA KHASIAT PREMIUM BRAZILIAN ARABICA COFFEE
Kandungan utamanya terdiri daripada estrak halia hitam dan kulit manggis. Adunan diserasikan lagi dengan kremer bukan tenusu dan dimaniskan dengan teknologi.
Kopi ini sudah menjadi kegilaan ramai
Tak minum tak sah pada hari tersebut.
Penangannya cukup kuat sehingga ramai pelanggan terpaksa repeat order.
Mengapa terjadi sedemikian ?
Vcafe ada khasiat dan manfaat yang tiada tandingnya. Ia diakui boleh mengawal berat badan, hormon, tingkatkan tenaga, menurunkan kadar kolestrol, menyihat usus dan perut serta banyak lagi kebaikannya.
Harga pula sangat berpatutan dan tiada tandingan dengan nilai kesihatan.
Nak lebih jimat, jadilah ejen seumur hidup dan ia bakal mencipta keajaiban terutama kesihatan dan pendapatan.
APA KHASIAT PREMIUM BLACK TEA
Rasanya memang sedap dan lazat tidak terkata. Ia hasil gabungan teh hitam premium yang diadun bersama ekstrak halia hitam dan manggis.
Dimaniskan dengan Nano Sweetener Technology serta krimer bukan tenusu sebagai penambah rasa.
Khasiat yang paling utama untuk lebih fokus, kurangkan stress, menyihatkan usus serta banyak lagi.
Kalau dulu kita minum teh tarik, apa kata sekarang kita tukar kepada Vcafe teh yang berkhasiat ini pula. Sedap dapat. Sihat pun dapat.
APA KHASIAT V20
Produk V20 diformulasikan untuk kecantikan kulit, luaran dan dalaman wanita. Lelaki pun boleh, tiada masalah kerana lelaki juga mahu kulit dan rupa yang bersih serta menawan.
Malah membantu merawatkan masalah tulang dan sendi.
Kandungan V20 memiliki ekstrak sarang burung, ekstrak halia hitam, madu asli, delima dan herba Arab.
Melihat kepada kandungannya sahaja kita sudah tahu ia cukup baik untuk kesihatan secara menyeluruh.
Terutama sebagai sumber kalogen, pre-biotic dan pro-biotic.
TESTIMONI PENGGUNA PRODUK
( testimoni tidak dipaparkan secara terbuka tetapi boleh diketahui dengan DM saya di Whatsapp)
Setakat ini ada beribu-beribu testimoni pengguna yang telah sembuh dari penyakit yang mereka deritai.
Jangan pulak anggap produk Volten International sebagai ubat. Ia cuma suplimen atau makanan tambahan yang boleh membantu menambah baik mutu kesihatan yang kita miliki.
Mereka terdiri dari pesakit kencing manis, kanser limfoma, masalah jantung, kanser usus dan banyak lagi.
Sebaik-baiknya orang sihat wajar mengamalkan produk Volten International untuk mencegah daripada sebarang kemungkinan penyakit yang bakal menyerang kita.
Kos rawatan untuk penyembuhan atau pembedahan di hospital bukannya murah. Sekarang cukup mahal dan kadang-kadang kita tidak mampu membiayai sehingga ada yang sanggup memohon bantuan di media sosial.
Berbanding produk Volten International rata-ratanya bawah dari RM200. Ini memang cukup murah jika dibandingkan dengan jenama produk kesihatan antarabangsa yang lainnya.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERSEBUT?
Dalam Volten International terdapat beberapa pakej yang boleh ambil. Dengan pakej tersebut kita secara automatik menjadi ejen tanpa yuran tahunan.
Pakej Super = 1500 CV
Pakej Premium = 250 CV
Pakej Basic boleh bermula dengan harga RM480 sehingga RM540 berdasarkan kombinasi produk yang kita pilih.
Menjadi ejen tidak semestinya menjual. Mengguna sendiri itu lebih baik dan jika ingin menjana pendapatan boleh sahaja kongsi dengan orang lain. Galakkan mereka membeli pakej seperti yang anda lakukan.
Hasil perkongsian anda, Volten International akan membayar dengan rujukan komisyen rujukan seperti berikut:
Pakej Basic = RM100
Pakej Standard = RM200
Pakej Super = RM600
Pakej Premium = RM1000
Selain daripada komisyen rujukan, Volten International juga membayar kita dengan komisyen jualan kumpulan.
Lagi besar kumpulan maka lagi besarlah komisyen yang kita dapat.
Pihak Volten International juga memberi satu lagi kelebihan kepada para ejennya dengan RP atau Redeem Point. Syaratnya ejen perlu ada pakej Super dan Premium.
Dalam sistem RP ini, pihak syarikat menggalakkan anda memiliki aset secara tunai tanpa hutang.
RP boleh ditebus sekiranya jumlah point terkumpul sudah cukup syarat. Kita tebus telefon pintar, emas, komputer riba, kereta, rumah atau wang tunai. Terpulanglah kepada ejen sendiri.
APAKAH STRATEGI PEMASARAN TERBAIK?
Langkah 1
Anda sebagai ejen disarankan untuk melantik 10 ejen bawah kita dengan pakej minimum Basic.
Anda akan dapat pendapatan RM1000 dari komisyen rujukan. Jumlah komisyen jualan kumpulan anda akan dapat RM225
Langkah 2:
Daripada 10 ejen ini mungkin 4 sahaja yang aktif seperti ini. .
Pendapatan yang bakal anda nikmati adalah RM1000 dari jualan kumpulan dan RP sebanyak 8 point (ejen super & premium sahaja).
Langkah 3:
Dengan 4 ejen yang aktif, kumpulan semakin membesar dan sistem mula diduplikasi. Dengan syarat leader buat kerja melalui latihan dan bimbingan untuk ahli kumpulan.
Pada tahap ini anda akan memperolehi pendapatan RM4,000 sebulan dari jualan kumpulan dan RP 32 point.
Langkah 4:
Pada peringkat keempat pula, anda sebagai ejen berpotensi untuk mendapat pendapatan sehingga RM16 ribu dengan jumlah RP sehingga 128.
Proses duplikasi terus berlangsung. Kumpulan semakin membesar dan berkembang.
Langkah 5:
Dalam peringkat ini sudah terdapat kumpulan yang besar dengan hanya andaian setiap peringkat ada 4 ejen aktif menjadikan 640 ejen.
Anda bakal mendapat pendapatan dalam lingkungan RM64 ribu.
Besar ke kecil?
Sudah tentu besar dan ditambah lagi dengan RP 512.
Langkah 6:
Inilah peringkat yang besar dan luar jangka. Ia bukan mustahil dan boleh berlaku kepada anda jika kena cara dan atur geraknya.
Pada peringkat ini proses duplikasi terus berlaku. Gerak kerja yang sama. Leader-leader dipelbagai peringat terus buat sokongan, latihan dan dorongan yang membina.
Anda bakal mendapat pendapatan RM256,000 sebulan dan RP pula dalam 2048 point.
Adakah angka ini logik dan boleh diterima akal ?
Ambil kata, ‘worse senario’ dalam 10 peratus sahaja , maka anda layak untuk dapat sekitar RM25 ribu sebulan.
Bagaimana pula kalau dapat situasi yang lebih baik ?
Pasti pendapatan anda jauh lebih tinggi. Jangan lupa produk Volten International sentiasa mendapat jualan ulangan yang tinggi.
Volten International memang syarikat tulen yang memfokus kepada jualan produk dan bukan kepada head hunter atau pelaburan duit semata-mata.
Volten Internatioal wajar dijadikan platform untuk menjadi solusi masalah kesihatan dan kewangan kepada sesiapa sahaja.
PENUTUP
Anda hanya ada dua pilihan sahaja.
Terus hubungi saya untuk saya bantu anda jadi ejen atau anda abaikan sahaja peluang yang anda temui ini dengan rasa menyesal kemudian hari.
Jangan risau kerana saya boleh membantu anda dengan memberi penerangan percuma dengan klik button Whatsapp di bawah:
Social Plugin