Berikut adalah kebaikan dan khasiat teh hitam premium atau teh Vcafe.
Rasanya amat sedap, lazat dan terbaik dalam kelasnya tersendiri. Tak cuba rasa rugi. Sebab khasiat dan manfaat seperti berikut.
1. Teh Hitam Mengandungi Antioksidan
Istimewanya tubuh-tumbuhan, setiap satunya mengandungi antioksidan yang penting untuk tubuh.
Teh Hitam antara tumbuhan yang kaya sumber antioksidan yang penting untuk kesihatan.
Dengan menghirup secawan Teh Hitam, antioksidan didalamnya akan membantu menyahkan toksin dan radikal bebas didalam tubuh sekaligus mengurangkan kerosakan sel.
Sumber antioksidan ini juga dipercayai mengurangkan risiko penyakit kronik.
Antara sumber antioksidan popular dalam Teh Hitam ialah polyphenol. Antara sumber polyphenol ini termasuklah catechin, theaflavins dan thearubigins. Sumber antioksidan ini membantu melindungi tubuh keseluruhannya.
2. Membantu Mengurangkan Stress dan Tekanan
Jika anda merasa stress dan tertekan, minum secawan Teh Hitam panas. Tambahkan sehiris limau nipis, lemon atau sebiji limau kasturi. Jangan lupa tambah sesudu gula perang. Ia akan membantu meringankan kepala anda dan mengurangkan stress.
3. Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam Teh Hitam dipercayai membantu mengurangkan risiko kes kanser payudara dikalangan wanita.
Kandungan Polyphenols didalam Teh Hitam ini dikatakan antara antioksidan yang memerangi sel kanser termasuk sel kanser payudara.
4. Teh Hitam mengandungi Flavonoids yang bagus untuk kesihatan jantung.
Flavonoids yang sering ditemui didalam pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan dan coklat hitam turut terdapat dalam Teh Hitam.
Pengamalan minum Teh Hitam di katakan membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk darah tinggi, kolesterol jahat dan obesity.
Dalam satu kajian rawak, hasil kajian mendapati mereka yang minum Teh Hitam selama 12 minggu kurang kandungan nilai trighlyceride 36%, kandungan gula dalam darah juga berkurang dalam 18% dan HDL/LDL turut menurun dalam lingkungan 17%.
Kajian lain menunjukkan mereka yang minum 3 cawan Teh Hitam sehari turut mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 11%.
5. Mengurangkan Kadar Kolesterol Jahat.
Dalam pelbagai dapatan kajian, dipercayai bahawa menikmati secawan Teh Hitam turut membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah.
6. Membantu Menyihatkan Usus
Kandungan polyphenols didalam Teh Hitam turut membantu menyeimbangkan bakteria baik didalam usus, malah dipercayai kandungan antimicrob didalam Teh Hitam juga membantu membunuh bakteria jahat sekaligus membantu menyihatkan usus.
7. Membantu Mengurangkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi semakin menjadi isu didunia ini. Malah dikatakan hampir satu billion manusia menghadapi isu tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi bersangkut paut dengan risiko kesihatan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, kehilangan penglihatan dan serangan jantung.
Dengan menikmati secawan Teh Hitam, ia dipercayai turut membantu dalam pengawalan tekanan darah.
8. Mengurangi Risiko Strok
Strok dikatakan berlaku apabila perjalanan darah seolah diblok dan tidak berfungsi diotak. Strok deikatakan berkaitan dengan otak.
Bagi mengurangi risiko strok, dinasihatkan untuk setiap individu menjadi aktif, menjalani hidup dengan lebih sihat, kurangi stress, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan proses serta menjauhi rokok. Teh Hitam dipercayai antara minuman teh yang boleh membantu mengurangkan risiko strok.
9. Mengurangkan Gula dalam Darah
Teh Hitam juga dipercayai membantu menstabilkan gula didalam darah dengan membantu mempertingkatkan fungsi insulin dalam tubuh.
10. Teh Hitam membantu anda lebih fokus
Kandungan kafein dan asid amino yang dipanggil L-theanine yang terdapat dalam Teh Hitam dipercayai membantu anda untuk lebih fokus.
Asid Amino ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti alpha di otak dimana ia boleh meningkatkan konsentrasi dan fokus.
Whatsapp saya dengan klik butang hijau di bawah untuk dapatkan teh tersebut:
Social Plugin