Tiga pemacu kejayaan Volten International

Bayangkan ketika perniagaan atau premis bisnes lain gulung tikar, ada satu syarikat tempatan Malaysia terus melonjak naik.

Prestasi syarikat ini meningkat sehingga 400%. Angka ini menakjubkan kita semua. Inilah yang berlaku kepada syarikat Volten International


Bagaimana boleh jadi begitu?


Berikut jawapannya kepada persoalan tersebut.


CEO kumpulan Volten International Tuan Ismail Che Ani menjawab persoalan ini semasa program Sembang-Sembang Usahawan anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 7 April 2021.


Menurut tuan CEO, antara penyumbang kejayaan ini kerana didorong oleh faktor-faktor  berikut:


1.Produk terbaik



Volten International mengeluar produk halia hitam yang terbesar secara eksklusif di Malaysia. Bukan itu sahaja produk tersebut telah mendapat kelulusan pertama KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia) berbanding syarikat yang lain.


Menariknya juga produk Volten International menggunakan formula sendiri. Malah ia dikilangkan sendiri  oleh syarikat Volten International dengan penarafan GMP.


Setakat ini terdapat lima produk Volten International sudah berada di pasaran. Ada dua produk akan dilancar tidak lama lagi (ketika coretan ini ditulis).


Mengapa produk Volten International dikatakan terbaik ?


Alasan paling kuat dan paling kukuh kerana tiada kesan sampingan tetapi kesan penyembuhan sangat cepat.


VR4 capsule misalnya mempunyai 100 peratus ekstrak halia hitam dengan nisbah 10kg menjadi 1kg. Bahkan tiada ditemui bahan kimia atau pun dadah yang berbahaya.


Selain itu terdapat Vcafe Brazilian Arabica Coffee, Vcafe Black Tea, V20 dan DR4.


Kopi dan tea diakui antara tersedap dan ternyaman oleh para pengguna yang telah mencubanya.


Bukan itu sahaja produk Volten International mendapat jualan ulangan sebanyak 25 ribu set kombo setiap bulan. Setiap set kombo ini bernilai sekitar RM500 hingga RM600. 


Ini membuktikan dengan jelas bahawa produk Volten International mendapat tempat dalam hati para pelanggan.


2.Konsep perniagaan



Volten International ini menggunakan konsep net-commerce. Ia amat berbeza dengan sistem jualan langsung dan MLM.


Kehebatan net-commerce ini kerana gabungan jaringan kemanusiaan dan e-dagang.


Sebab itu Volten International menggunakan sistem ejen. Produk yang ditempah oleh ejen akan dihantar terus ke pintu rumah.


Inilah konsep perniagaan masa kini dan masa yang akan datang. Konsep ini telah digunakan pemain e-dagang utama seperti Shoppe dan Lazada.


Walaupun ramai yang  masih terkandang dan terkurung dalam PKP , namun perniagaan dalam talian tetap berjalan seperti biasa sama seperti Foodpanda dan GrabFood


Ironinya Volten International bijak menggunakan peluang ini dan ternyata mendapat impak yang cukup tinggi.


Jualan syarikat melonjak tinggi dengan bantuan sistem Gateway yang canggih tetapi mesra pengguna.


Para ejen berurus niaga tanpa tunai menggunakan e-cash. Keuntungan dan jualan boleh dikira secara real time. Pendek kata, hari-hari dapat gaji tanpa menunggu tengah bulan atau hujung bulan.


Setakat ini sudah terdapat hampir 100 ribu orang ejen. Dijangka jumlah ejen terus meningkat kerana prestasi syarikat begitu memberangsangkan.


3.Berkongsi keuntungan




Jarang-jarang ada syarikat yang begitu pemurah untuk memberi keuntungan kepada pihak ejen sehingga 55 peratus.


Sehingga kini begitu ramai ejen telah menikmati pendapatan empat angka walaupun hanya berada di kampung. 


Bukan itu sahaja ada ejen yang telah memecah rekod pendapatan dalam setengah juta sebulan. Ia bukan pendapatan terkumpul sebaliknya pendapatan bulanan.


Para ejen dalam Volten International akan mendapat pendapatan melalui empat kaedah iaitu untung runcit, komisen rujukan, komisen jualan kumpulan dan penembusan mata (Redeem Point)


Tuan CEO juga mengatakan Volten International seperti bisnes mini francais. Lebih menyakinkan ia adalah bisnes yang sebenar dan bukan head hunter atau money game.


Kejayaan Volten International bertepatan dengan hasrat Tuan Ismail untuk melihat lebih ramai usahawan berjaya dan kaya.


Perniagaan ini terbuka untuk semua yang berminat, ada kesungguhan dan komitmen mengubah hidup.


Ringkasnya Volten International adalah platform untuk mereka yang ingin belajar perniagaan tetapi dalam track record yang terbukti berjaya.


Misalnya ejen menjual kopi Vcafe. Tujuan bukan semata-mata menjual kopi tetapi menawarkan manfaat kesihatan.


Ia lebih diperlukan kini oleh masyarakat yang bergelut dengan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi dan pelbagai lagi.


Rakyat Malaysia telah membelanjakan RM80 bilion setahun untuk menangani kesihatan.


Lihat betapa perit dan terdesaknya untuk sihat jika sudah keadaan sakit. Sebab itu menjadi tanggungjawab ejen Volten International untuk terus berbakti dengan memperkenalkan produk kesihatan supaya lebih produktif dan agresif.


Jadikan niat awal untuk berniaga dengan memberi dan terus memberi. Memberi informasi dan perkhidmatan lepas jualan sebaik yang mungkin.


Keuntungan yang syarikat dapat dan ejen perolehi akan disumbangkan semula kepada masyarakat.


Sebab itu syarikat Volten International menyasarkan untuk membayar zakat RM1 juta tahun ini.


Kesimpulan


Apa yang ditulis dan dicatat ini hanya sebahagian kecil yang kita dapat lihat dan rasa. Jika ingin melihat dan merasai secara tuntas dan total marilah bergabung bersama Volten International.


Kami bersedia membantu anda dan jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami segera di talian Whatsapp percuma atau Follow page kami.


Jumpa lagi dan kongsikan artikel ini kepada mereka yang mungkin sangat memerlukan peluang tersebut.


Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan.