Langkah dan cabaran kejayaan di Volten



Pada 17 Mei 2022 berlangsungnya seminar Zoom Volten bersama Tuan Amir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amir.

Perkongsian selama sejam itu tidak terasa kerana Cikgu Amir cukup terkenal dengan ilmu bisnes dan motivasi yang amat luas.

Kata-katanya cukup pedas, hangat dan berapi.

Sesiapa yang mengikuti Zoom pada malam tersebut pasti terasa.

Biarpun jumlah para peserta sekitar 200 orang ejen, ia bukan gambaran mutlak bisnes Volten kurang power dan kurang menyengat.

Perkomgsian Cikgu Amir yang kini masih terasa dalam benak fikiran ialah kejayaan yang paling manis adalah membuat sesuatu yang belum pernah orang orang lain.

Cikgu Amir berpesan untuk terus belajar dan terus bertindak. 

Jangan bergantung atau bermanja dengan orang lain untuk berjaya.

Teruskan usaha untuk saling membantu sama lain dan permudahkan urusan orang lain agar Allah bantu kejayaan kita.

Letakkan matlamat agar Volten menjadi satu kuasa bisnes yang terbaik di dunia.