Ada apa dengan gout ?


Gout merupakan sejenis penyakit akibat lebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.

Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh di rawat dan dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Berita baiknya, gout jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum menopause.


Tanda-tanda  gout


Gout menyerang ibu jari kaki menyebabkan  ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali juga pada waktu malam.

Sendi yang diserang gout menjadi teramat sakit sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

Sakit akibat mungkin boleh menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.

Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi


Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil ’tophi’(to-fai)

Dalam saluran urinari atau saluran air kencing, ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

- Kegemukan

- Darah tinggi

- Hiperlipidemia

- Diabetes


Rawatan atasi gout


Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Menjaga berat badan –  kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Elakkan minuman keras kerana ia mengundang banyak komplikasi kesihatan dan memudarakan kepada keishatan badan.

Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti daging, makanan laut dan kekacang.

Amalkan suplimen kesihatan untuk kembali sihat


Video tentang gout


Sumber: Public Health Malaysia